"Segala sesuatu diserahkan Bapa-Ku kepada-Ku. Dan tidak ada yang mengenal Anak itu kecuali Bapa, dan tidak ada yang mengenal Bapa kecuali Anak dan mereka yang diberitahu oleh Anak." (Matius 11:27)
Selain dari Yesus bukan kebenaran walaupun ada orang mengakui itu suatu kebenaran. Segala pendapat atau kosep berkaitan dengan tuhan yang tidak datang dari Yesus adalah kepalsuan, walaupun nampak indah pada pandangan mata. Jadi, agama-agama lain, sama ada Islam, Buddha ataupun Hindu, tidak memberikan pengetahuan Tuhan yang sebenar, iaitu Bapa, Yesus dah Roh Kudus. Semua penyembahan dan pemujaan tuhan dari agama adalah penyembahan and pemujaan tuhan palsu.
Kebenaran dari Yesus (yang dibawa oleh para nabi) itulah yang harus kita cari, yang harus kita dapatkan dan kita amalkan. Sesiapapun yang ingin memiliki pegentahuan Tuhan sebenar dan mengenali Tuhan sebenar dari Yesus, Dia tidak akan menghalau sesiapa yang pergi kepada-Nya. Kalau anda sudah letih mencari Tuhan dan mengingini pengampuan untuk segala dosa-dosamu dan kesayangan Tuhan dengarlah kata-kata Yesus yang amat menyenangkan hati:
"Datanglah kepada-Ku kamu semua yang lelah dan mempunyai beban berat. Aku akan membuat kamu tenang. Terimalah pekerjaan yang Kuberikan padamu dan belajarlah dari Aku. Aku lemah lembut dan rendah hati, dan hatimu akan tenang. Memang, pekerjaan yang Kuberikan kepadamu mudah. Beban yang Kuberikan kepadamu tidak berat." (Matius 11:28-30)